::Wanita dari Kota Syurgawi::

WANITA DARI KOTA SYURGAWI
Salaam ukhuwah buat hati-hati yang penuh iman kelembutan. Serikandi dunia yang akan menghiasi segenap pelusuk indah di kota syurga.  Ketenangan dalam hati insan yang bergelar wanita. Entri kali ini diriku ingin berkongsi selembar kisah-kisah menarik perjuangan wanita-wanita yang sanggup berkorban demi mempertahankan agama yang dicintainya. Kisah ini adalah dari sebuah keratan akhbar yang sekian lama kusimpan di rak bukuku dan di sini aku diberi kesempatan untuk kutuliskan kembali di blog yang tidak seberapa ini.  Sekadar ingin berkongsi semangat perjuangan mereka yang bergelar wanita penghuni syurga.  

WANITA 1
Debu-debu yang berterbangan dari tanah Khaibar tidak boleh menyurutkan tekadku untuk menumbangkan musyrikin.  Tajam panah serta pintar pemain pedang musuh, sebenarnya sesuatu yang  tidak baru dan tidak menarik lagi bagiku dan aku tidak gentar dengan petah pantas permainan itu.  Telah banyak aku memasuki medan pertempuran dan aku melihat dengan mata hatiku bahawa kemenangan  di bahu kananku dan bukan ketewasan.  Dan aku yakin sungguh-sungguh. Kali ini juga aku akan menang kerana tanah Khaibar sebenarnya untukku.
Akan kutentang musyrikin kalaupun tidak dengan panah dan pedang mungkin dengan batu tetapi batu yang terbaik dari Bukit Uhud.  Aku akan pancung musuh kalau pun tidak dengan pedang milikku mungkin dengan pedang milik Tariq bin Ziyad.  Akan aku panah musyrikin kalau bukan dengan panah dari suamiku, aku akan gunakan panah milik Saad bin Ubaid.  Kalau tidak ada panah kepunyaan Saad bin Ubaid akan aku gunakan pedang milik Abdullah bin Rawahah.  Kalau pendang milik panglima yang gagah itu tidak ada, aku akan gunakan pedang milik Saidina Hamzah.  Biar musyrikin tahu.  Islam gah bukan kerana seorang pahlawan. Srikandi mereka sebenarnya ramai dan aku antara srikandi itu yang akan memancung kepala musyrikin seorang demi seorang.  Gemilang pahlawan Islam itu sentiasa hidup di dalam hatiku.  Cemerlang mereka menjadikan aku bersemangat untuk turun ke tanah Khaibar.  Telah lama aku iqrakan di dalam hati.  Tanah Khaibar tetap milikku walau apa pun yang terjadi.
      “Kau tak takut dengan musuh?” soal sahabat.
         Ada peluh di dahinya ketika debu-debu berterbangan memenuhi mukanya.
      “Tidak!” jawab perempuan dari tanah Khaibar itu.  Ada juga peluh bergantungan di dagunya.
      “Mereka penanah yang tepat.  Apa lagi pantas bermain dengan pedang,” sambung sahabat lagi.
“Manusia tetap dengan kekurangan dan kelemahannya.  Akan aku gunakan peluang itu untuk    jadikan kemenangan itu milikku,” sambung perempuan dari tanah Khaibar itu lagi.  Dia memegang hulu pedang kemas-kemas seperti dia memegang kepala musuh yang bakal dipancungnya.
“Panah...”
“Akan kuhimpunkan panah musuh. Aku akan patah-patahkan panah mereka kemudian aku akan sumbat panah tersebut ke bawah dapur buat memasak gandum bagi dihidangkan kepada suamiku dan pahlawan yang hebat di medan peperangan,” kata perempuan dari tanah Khaibar itu lagi.  Langit jernih jilah walaupun sesekali ada debu berterbangan melintas muka mereka.
“Ambillah ini.”
“Kurma?”
“Kurma ini diberikan kepada setiap pahlawan Islam.”
“Tapi....”.
“Makanlah.  Ada barakah di dalamnya.”
Perempuan dari tanah Khaibar mengeluh.  Peluh yang bergantungan di dagunya gugur di atas debu dan batu.
“Iqralah dalam hati bahawa perjuangan penuh tertib dan sopan ini sebenarnya mlik Islam dan bukan milik agama lain.” Sambung sahabat lagi.
Perempuan dari Tanah Khaibar menelan liurnya.
“Setiap pahlawan memakan kurma ini,” sahabat membiarkan peluh bergantung di dagunya.

Perempuan dari tanah Khaibar tersenyum.  Ternyata ungkapan dari sahabat yang terluka di bahu adalah sesuat yang benar dan jujur.  Tanpa berlengah dia memakan buah kurma tersebut.  Saat dia menikmati isi kurma itulah ada panah-panah jauh yang datang dan mencucuk batu serta tanah-tanah di kawasan rehatnya.
Tanpa berlengah perempuan dari tanah Khaibar dan sahabat mencantas panah-panah tersebut dengan kemahiran pedang mereka dan sahabat akhirnya terkena tusukan panah di dada.
    “Tidakkkk!”
Ada air mata gugur di tanah Khaibar.  Ya Allah! Batu-batu di Bukit Uhud akan aku jadikan peluru buat menamatkan langkahan musyrikin.  Allahuakbar!  UMMU ZIYAD AL ASYJA’YAH! Namamu hidup dalam nur Islam kerana cekalnya hatimu seperti batu-batu di Bukit Uhud.
Kisah wanita-wanita syurga nie akan di sambung untuk entri seterusnya..Semoga bermanfaat untuk kita semua..

Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet