::Pejuang Hijab::





Assalamualaikum buat pejuang2 cinta di jalan Allah.  Yang sentiasa rindu akan cinta dari Tuhannya.  Alhamdullillah diberi kesempatan untukku titip informasi yang mampu membuatkan hati-hati  tersentuh tatkala membacanya. Entri nie adalah sebuah kisah benar yang berlaku di negara Barat mengenai seorang wanita yang telah syahid dek kerana mempertahankan hijabnya yang menjadi lambang keagungan agama yang dicintainya.  Semoga berbekalkan semangat syahidah ini kita mampu menjadi seorang hamba yang benar2 ikhlas dan berani memperjuangkan hak kita sebagai seorang yang berpegang kepada panji kebenaran Islam. 

MARWA AL SHERBINI

Tanggal 1 Julai 2009 telah berlaku tragedi berdarah yang menimpa seorang muslimah.  Marwa Al Sherbini.  Beliau yang ketika itu sedang dalam keadaan sarat mengandung telah mati ditikam oleh seorang pemuda Jerman berdarah Rusia.  Marwa Al Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali bertubi-tubi.  Menyedihkan lagi apabila suami beliau telah ditembak oleh anggota keselamatan Jerman secara "tidak sengaja" ketika cuba menyelamatkan isterinya.

Pembunuhan ini berlaku di dalam sebuah mahkamah di Kota Dresden, Jerman.  Ketika itu, Marwa Al Sherbini sedang memberi keterangan untuk mendakwa pemuda Jerman, Alex kerana telah menghina Islam.  Pemuda inilah yang telah menikam beliau di dalam mahkamah sebanyak 18 kali.  

Pemuda tersebut dikatakan sering mengganggu Marwa Al Sherbini, menghina Islam bahkan pernah cuba menanggalkan hijab yang dipakainya.  

Inilah harga yang perlu dibayar oleh Marwa Al Sherbini untuk mempertahankan hak umat Islam untuk menutup aurat.  Sebelum ini juga beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana enggan membuka tudungnya.  Namun, beliau tetap istiqamah kerana ingin mempertahankan syariat Islam.

Ingatlah wahai muslimah sekalian! Marwa Al Sherbini telah membayar dengan darah semata-mata kerana ingin menjaga auratnya.  Lalu apa lagi alasan kalian untuk tidak menutup aurat di negara seperti Malaysia ini.  Semoga roh beliau mekar mengharum di kediaman indah taman taman syurga  dan semoga semangat perjuangan besar beliau ini dapat dicontohi dan diteladani oleh kita semua.  Insya Allah..ALFATIHAH.


Marwa Al Sherbini.Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhadah. Amin7x

Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet