::Serikandi::


"Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.."

Alhamdullillah..
Salaam buat hati-hati yang merasa ketenangan atas segala nikmat..
Syukur di atas ehsan dan belas dari Allah s.w.t yang masih memberikan kita nafas untuk melihat keindahah alam dan berpijak di buminya ini. Aku bukannya seorang pendita yang bijak mengatur kata, bermadah bicara dan bersyair melontar cerita. Aku hanya seorang wanita yang hanya ingin berkongsi idea, membaiki diri dan mencari makna cinta hakiki.  
Wanita..
Lahirnya dirimu bukan untuk dizalimi dan disakiti..
Tetapi buat peneman sekeping hati yang sepi..
Lembut gayamu jangan disangka lemah..
Namun, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..

Alangkah indahnya menjadi wanita dan akan menjadi lebih indah andai dia wanita solehah..
Kuharapkan diriku mampu untuk menjadi seorang wanita solehah..yang Allah redhai hidupnya, tenangkan hatinya, bersihkan jiwanya dan teguhkan imannya..Aku dambakan iman setabah Zinnirah, buta matanya tetapi bukan hatinya..Gelap dunianya tetapi bukan jiwanya..Ya Allah, mampukah aku mencontohi serikandi ini..bisakah aku mengharungi setiap badai ujianmu dengan sabar di hati..Ya Rabb, berikanlah aku kekuatan seperti mujahidah ini yang sentiasa taat dan patuh kepadamu..Amin


Wanita-(Dehearty)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

"KECANTIKAN SEORANG WANITA BUKAN TERLETAK PADA KEINDAHAN PAKAIAN YANG DIPAKAI, TETAPI PADA KEELOKAN BUDI DAN PEKERTI YANG TINGGI"

Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet