Saturday, November 5, 2011

Salamalaik ^_________*
Alhamdulillah..masih diberikan kesempatan kepada kepada kita untuk melihat, bernafas dan bergerak bebas ke sana kemari.  Namun, terkadang timbul kesal dihati saat nikmat ini dibiarkan berlalu sepi tanpa ada rasa syukur yang mengiringi..Sempena Aidil Adha nie..nak ucap Selamat menyambut Ibadah Korban..yang pergi menunaikan haji sekarang nie..semoga mendapat haji yang mambur..InsyaAllah.  




Labbaikallah hu marabbaik!!
Kami datang kepadaMu Ya Allah...


Kalimah agung yang pastinya menyentuh setiap hati2 yang sentiasa rindu akan cinta Tuhannya.  Subhanallah!!
Salam Aidil Adha buat rakan blogger yang sentiasa mencintai dan merindui Tuhan sekalian alam.. Terharu sangat bila tengok ribuan jemaah haji di Kota Mekah. Biar berbeza warna kulitnya, bangsanya, dari ceruk benua Utara, Selatan, Timur dan Barat datangny, namun di sini mereka tunduk ke arah satu kiblat yang sama. Hanya satu Tuhan kami..Allahu Akbar!!!


Ya Allah..
Sekalipun hamba ini hanya mampu memandang ke arah rumah sucimu..
walau hanya dari lensa ke kaca berita...
tatkala ini sendu ku rasakan..
bilakah akan tiba masaku Ya Allah???
bilakah aku akan di jemput ke tempat mu??
sempatkah aku menjadi tetamu nanti Ya Rahman...


Aku rindu..
Aku rindu....
Aku rindu....Ya Allah..


Aku rindu padaMu...
rindu pada Kekasihmu...
Ya Allah ampunilah segala dosa2ku..
saat ku dilahirkan hingga dewasa kini..
Aku hanya ingin mencintaimu..
Agar matiku nanti dengan menyebut namaMu...
Aku yang sekadar hamba hanya mengharapkan hidup dan matiku hanyalah untkMU~


Semoga kta sentiasa menjadi insan yang lebih baik dari semalam...

Wednesday, October 19, 2011

::HOPE::

Assalamualaikum.........
hope everybody in Allah blessing.amin2 insyaAllah^__*
There's nothing much to be updated in this ugly blog actually cos i got nothing much to do..
Staying at home during my precious holiday..just at homeT_____Thuhuhuhuuh
but, there's something that I really love to do..
jeng..jeng...jeng..reading novels of course..big smile for u ^________________________^

\
Luckily, i was supplied with a very interesting novels by my lovely aunt..hehhehe..Every weekend she'll be asking  me whether i've done reading the novels or not coz she just bought a new novels for me to read..uwahahahahaha..
Thanks u so much aunty..love u always..just bring me as many as u can ya..^____*


Ermm..just one more thing..hopefully during this holiday i'll be the one who is better than yesterday..the one who always listen to her parents and the one who always remember her creator..AllahuRabbi..inshaAllah:)


"When u have Allah, U'll have everything in ur life"




Tuesday, October 11, 2011

::Uitm dihatiku::

ASSALAMUALAIKUM.....^____^
Dah seminggu berlalu, habis dah final presentationku yang menandakan bahawa aku telah berjaya menamatkan diploma aku di bumi UiTM nie...ALHAMDULILLAH..selama seminggu berkampung(menumpang) di bilik kawan sebab nak buat clearance lagi..everything before holiday nie..kene settlekan dulu baru boleh graduate kan? kan? kan?.. Sekejap jer masa berlalu, pejam celik dah pun cuti. Seterusnya xtau nak buat apa kat rumah. nak keja? aduh my dad xkasi pulek. xper teman my mom kat umah n jga kedai...atleast ada jgk keja nk di buat.




ermm..hujan2 macam nie rasa sedih pulak tetiba.. teringat kengkawan yang sangat aku sayangi..huhuuuh..smua dah balik rumah masing2 dan selama cuti nie la kite xjumpa kan..luv u guys my dearest girlfriends..k la xtaw nak update ape lagi..ketandusan ayat...assalamualaikum>___<'oopssss! semoga jadi insan yang lebih baik untuk  esok dan selamanya!!!!amin......

Thursday, September 22, 2011

::23 Sept 2011::SAYONARA

Salamalaik...^____^
23 Sept 2011 ari nie my last day of practical training kat CICTS, UNIMAS.  Alhamdullillah akhirnya berjaya jugak aku abiskan training nie.  Gembira ^____^:: Sedih T____T smue aderrr coz lepas nie xdpt dh nak borak2 ng Kak tie, Mama Jue, Kak Ita my supervisor yerrr...n atiqah. Ingat lagi masa mula2 nk g daftar masok 7 June 2011tue, perghhhhhh memang la seram sejuk aku. Sepatutnya msok 6 June 2011 tapi xsure lagi koz madam pon xbagi lagi alamat opis tue.  Then madam suruh jer reg kat CICTS esok ari nyerr.  Memang la kosong zero jer aku pasal opis nie.  Tawakal je laaaa...


Semue tue masa aku mula2 masok dlu laa..tapi skang nie dah boleh ngam kamceng jerr terutamanya dgn dorang tadi laaa..banyak benda yang aku belajar kat opis nie.  Teringat kata2 Pak Hud (nie staf paling senior yerrr) dalam hidup kita nie macam2 benda boleh kite blaja, ambik pengalaman baru hari2  even benda tue kecik skalipun.  Memang betol la kan TQ Pak HUD..hehehehehe
Sebenarnyerrr.......DRAGON BALL ADA 7 BIJI....*______*
iklan jap:):)
Actually..wah omputeh pulek dahhhh!!!
Berbalik kepada kata2 Pak Hud tdi.."SEMAKIN BANYAK KITA BELAJAR..SEMAKIN BANYAK BENDA YANG KITA TIDAK TAHU"  anda paham??????
xpa bole slow2..phm len kaly pon xperr..xpaham lagi tanyer dgn MR Google k>>>


Seriously, memang banyak pengalaman manis yang aku dapat mase buat praktikal training nie.  
tipu la cakap xde yang pahit kan..tp pengalaman manis tue terlampau banyak sampai segala yang pahit2 belaka tue dh tertimbus sendiri.  apa2 pun thankx to all the staff for warm welcoming since aku msuk tue.  lepas tue sudi pulak keluarkan duit club semata2 nak bagi aku pegi FAREWELL DINNER FOR HEAD OF DEPARTMENT.

...big smile for u guys ^_______________^






pix kat atas nie mase RAMAH TAMAH UNIMAS...^_______*


FAREWELL DINNER HEAD OF DEPARTMENT


HARI RAYA & MERDEKA DECORATION

P/S aku dah pandai anyam ketupat...heheheheh...besa la bru nak belajar yerrrr...

Alhamdullillah nie la antara aktiviti yang aku join tyme kt CICTS nie..Semoga smua staff akan lebih erat ikatan ukhuwahnya terutamanya masa "PORTLUCK" tue..Terima kasih dan mintak maaf andai ada kata atau perbuatan yang bisa membuatkan hati2 semua terasa dan sebagainya..Salaaam manis..sampai ketemu lagi yerrrrr..Wassalam

"TIME WILL PASS US BY....BUT ALL THE MEMORY WILL BE FOREVER IN MY HEART..."

Wednesday, September 21, 2011

::Bunga dunia::


BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM…

Salaam semuanyerrr. lame dah tak menghapdetkan diari maya aku nie.  Pejam celik dah pun bulan September kan.  Cepat betol mase nie begerak. Esok lusa habes dh tempoh untuk aku menjalani latihan praktikal nie.  Sebelum tue nie nak share sikit nukilan yang dicopykan (mintak izin k) dari sumber ada stated kt bawah artikel nie.  Menarik sangat terutamanya buat insan2 istimewa yang sangat cantik di atas muka bumi nie.( WANITA ). aku baca tajuk pun dah naik meremang bulu roma. sahabat2ku baca lah untuk manfaat kita bersama.


27JUL
88808027Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.
Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!
Sumber:

Tuesday, August 23, 2011

::Lailatul Qadar:;

Salam Ramadan Kareem buat sahabat2ku..Alhmdullillah diberi kesempatan oleh Allah untuk sekali lagi dapat bertemu dengan bulan seribu bulan nie..bulan yang paling mulia dan istimewa berbanding dengan bulan2 lainnya.  Sepenuh kenikmatan yang sememangnya amat luas diberikan oleh Allah semuanya berada di dalam bulan Ramadhan. Entri nie sekadar berkongsi kisah, juga hanya berlaku di bulan yang mulia ini.  Malam seribu malam..LAILATUL QADAR. Entri nie bukan sendiri tulis yee..share dari sources di bawah. Syukran n selamat membaca n menghayati...^____*

25 Ogos 2010, 15 Ramadhan 1431H



Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya: 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”  (Surah al-Qadr: 1-3)
Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)



Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?
Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.
Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.
Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”
Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah.  Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.




Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?”  Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Katakanlah
“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

Tulisan di atas telah saya salin dari kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq dari bab puasa.  Semoga kita semua dapat memanfaatkan perkongsian ini, insyaALLAH.
Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…


By Shahmuzir








Friday, August 5, 2011

::Doaku Untukmu::







Jummah Mubarak buat sahabat2 seperjuanganku sekalian.  Alhamdulillah atas segala kesempatan dan kenikmatan yang maha luas dari Tuhanku Allah Taala yang sudi meminjamkan aku nikmat kehidupan di bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w.  Entah kenapa terasa sayu je hati nie.. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba ini. Berikanlah segala kekuatan agar aku mampu menangkisnya.  Terusik jiwa saat terbaca artikel yang ditulis oleh Saudari Rubaiyyi Mu'awwiz nie..Jom bace sme2.=)Semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa patuh, tunduk dan tawadduk kepada Nya..Ya Allah dariMu kami datang dan kepadaMu jualah kami kembali...Ramadhan kareem..=)




ALLAHuakbar...

Kita sering Terlupa ALLAH dalam hidup kita, kan. Saya akuinya.
Anda tahu, di dalam sebuah Hadis Qudsi, pernah diceritakan bahawa apabila seorang hamba berdoa disertai dengan tangisan, maka ALLAH akan memberitahu dan menyuruh malaikat untuk menangguhkan permintaannya. Kerana apa? Kerana kata ALLAH, ALLAH rindu pada pengaduan yang bersungguh-sungguh seperti itu.

ALLAH rindu, wahai sahabat sekalian.

Subhanallah...

Hakikat Seorang Manusia

Hakikat yang perlu kita terima dan akui sebagai seorang manusia adalah, kita ini sering melupakan ALLAH SWT dalam hidup kita. Bahkan, tidak keterlaluan saya katakan, bahawa kita ini ada masa hanya mengingati ALLAH pada masa-masa yang tertentu.

Allahuakbar. Lemahnya kita.

Begitu juga dengan hal mengadu. ALLAH tidak larang kita berkongsi rasa kepada manusia. Tetapi sebaiknya, kita mengadulah terlebih dahulu kepada ALLAH. Kerana, hanya ALLAH yang Maha Memahami akan keadaan kita sedari kecil sehinggalah dewasa.

Sahabat, berbicara dengan ALLAH itu lain perasaan.

Apa perasaan itu? PUAS. Ya, kepuasan.

Mari, Mengadu Kepada ALLAH




















Wahai sahabat. Saya juga masih bertatih. Maka, mari duduk bersama-sama. Kita sama-sama mengadu kepada ALLAH. Apabila sudah tenang dan kita memerlukan nasihat daripada seorang manusia, maka carilah seseorang untuk memberi nasihat kepada anda.
ALLAH itu, sentiasa ada di ‘sana’ untuk mendengar pengaduan dari kita, hamba-Nya. Apabila kita mengadu, bukan ALLAH tidak pernah memberikan tindakbalas. Sebaliknya, ALLAH mendengar pengaduan kita itu dengan mencampakkan ketenangan ke dalam hati kita walaupun kita tidak melihat wajah ALLAH SWT.

Anda tidak yakin? Nah, bacalah kalam ALLAH ini,

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 152 – 153

Ingin mengadu? ALLAH sentiasa ada dengan kamu.

Semoga ALLAH merahmati..
.















Thursday, August 4, 2011

layarminda2: Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah

layarminda2: Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah:

 "Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk m..."

Wednesday, July 27, 2011

::Pejuang Hijab::





Assalamualaikum buat pejuang2 cinta di jalan Allah.  Yang sentiasa rindu akan cinta dari Tuhannya.  Alhamdullillah diberi kesempatan untukku titip informasi yang mampu membuatkan hati-hati  tersentuh tatkala membacanya. Entri nie adalah sebuah kisah benar yang berlaku di negara Barat mengenai seorang wanita yang telah syahid dek kerana mempertahankan hijabnya yang menjadi lambang keagungan agama yang dicintainya.  Semoga berbekalkan semangat syahidah ini kita mampu menjadi seorang hamba yang benar2 ikhlas dan berani memperjuangkan hak kita sebagai seorang yang berpegang kepada panji kebenaran Islam. 

MARWA AL SHERBINI

Tanggal 1 Julai 2009 telah berlaku tragedi berdarah yang menimpa seorang muslimah.  Marwa Al Sherbini.  Beliau yang ketika itu sedang dalam keadaan sarat mengandung telah mati ditikam oleh seorang pemuda Jerman berdarah Rusia.  Marwa Al Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali bertubi-tubi.  Menyedihkan lagi apabila suami beliau telah ditembak oleh anggota keselamatan Jerman secara "tidak sengaja" ketika cuba menyelamatkan isterinya.

Pembunuhan ini berlaku di dalam sebuah mahkamah di Kota Dresden, Jerman.  Ketika itu, Marwa Al Sherbini sedang memberi keterangan untuk mendakwa pemuda Jerman, Alex kerana telah menghina Islam.  Pemuda inilah yang telah menikam beliau di dalam mahkamah sebanyak 18 kali.  

Pemuda tersebut dikatakan sering mengganggu Marwa Al Sherbini, menghina Islam bahkan pernah cuba menanggalkan hijab yang dipakainya.  

Inilah harga yang perlu dibayar oleh Marwa Al Sherbini untuk mempertahankan hak umat Islam untuk menutup aurat.  Sebelum ini juga beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana enggan membuka tudungnya.  Namun, beliau tetap istiqamah kerana ingin mempertahankan syariat Islam.

Ingatlah wahai muslimah sekalian! Marwa Al Sherbini telah membayar dengan darah semata-mata kerana ingin menjaga auratnya.  Lalu apa lagi alasan kalian untuk tidak menutup aurat di negara seperti Malaysia ini.  Semoga roh beliau mekar mengharum di kediaman indah taman taman syurga  dan semoga semangat perjuangan besar beliau ini dapat dicontohi dan diteladani oleh kita semua.  Insya Allah..ALFATIHAH.


Marwa Al Sherbini.Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhadah. Amin7x

Tuesday, July 26, 2011

::Masjid yang jarang ditemui::



MASJID YANG JARANG DITEMUI

Assalamualaikum sahabat2ku..sesekali menjelajah di blog2 sahabat, terjumpalah satu entri yang bagiku cukup 
menarik untuk dikongsi bersama buat renungan dan pengisian jiwa-jiwa kita nie..jadi, selamat membaca!!

.



Bentuknya sederhana benar, namun jemaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu solat masuk

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem†(Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita.Ceritanya begini :Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem†.Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak mampu berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada Khiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritan seorang yang miskin berjaya membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem†(Angap Saja Saya Sudah Makan).Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?Jemaah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih


Tuesday, July 19, 2011

::SUKAINAH AL HUSIN::

SERIKANDI 2

Menyoroti perjalanan perjuangan serikandi-serikandi Islam yang tegar di medan perang demi agama yang suci.  Di hatinya penuh semangat pahlawan yang akan sentiasa mekar menebar wangian kelopaknya di jiwa setiap muslimah sejati. Amin


SUKAINAH AL HUSIN
Karbala!  Satu lagi medan menguji kukuhnya hati wanita syurgawi.  Debu dan rimbun rebut pasir sebenarnya ujian yang harus ditempuhi denga nyawa dan air mata.

                “Kesatlah air matamu wahai anakku.”
                “Ayah..”
                “Kepergianku daripadamu terlalu panjang..”
                “Tapi..”
                “Simpanlah sedikit air matamu untuk hari esok kerana hari esok itu tidak jauh.”

Perempuan yang pandai bersyair dan bebat di dalam bidang sastera itu mendiamkan diri sejenak.  Di renung jauh ke dalam mata ayahnya yang ditabiri peluh perjuangan dan rembesan air mata.

                “Kau tak gentar dengan tajam mata pedang musuh?”
                “Tidak!”
“Kau ingat dengan syairmu akan dapat menewaskan musuh?”
“Kalau Allah qadakan permintaanku, insyaAllah.”
“Kau lihat gugurnya ayahmu?”

Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.

                “Kau tak gentar untuk hadapi mereka?”
                “Yang aku gentar adalah ketidaksempurnaan janjiku terhadap Allah..”

Sahabat hanya mendiamkan diri.  Di renung jauh ke dalam wajah sahabat bermata pahlawan dan penyair itu.  Biarpun ada kesedihan dan Kristal duka di wajah itu namun sahabat yakin.  Satu waktu kemenangan tetap berada di pihak Islam.

                “Akan aku jadikan guguran itu satu wadah perjuanganku,” janji penyair.

Sahabat diam.  Diperhatikan panah yang berada di tangannya.  Ternyata ada darah di panah tersebut.  Barangkali darahnya yang menitis menimpa bilah-bilah panah yang tajam meruncing di dalam genggaman tangannya atau barangkali juga panah itu dikutip di medan pertempuran.
Ayahandaaa!  Sesungguhnya orang yang seperti cahaya, yang menerangi segala-gal, telah terbunuh di Karbala, dan tubuhnya tidak dikuburkan, dahulu engkau laksana gunung, yang aku berlindung kepadanya, dan dalam agama, siapa lagilah yang akan mengambil berat, kepada anak-anak yatim dan para peminta, siapa lagilah, yang menyediakan tempat berlindung kepada orang miskin yang tidak berdaya.
Sukainah Al Husin! Sastera dan sayu syairmu rimbun dalam dada pejuang Islam yang syahid di Karbala.-Hashim Latiff

Friday, July 15, 2011

::Alkisah Neraka Jahannam::


Salam Jumaat buat pemilik hati yang sentiasa rindu dan cinta akan Penciptanya..Kali ni ingin kukongsikan sebuah entri yang sangat menarik berkaitan dengan suatu peristiwa yang tidak mungkin kita inginkan untuk menjadi sebuah kediaman yang abadi di akhirat kelak..entri nie bukan sendiri yang tulis tapi nak share dengan sahabat yang terlepas untuk membaca dan menghayatinya..
Jadi, sila..sila la membaca..=)

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......
AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:
 "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:
 "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)Untuk renungan dan amalan bersama ..DOA Nabi Allah Yunus

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

::Jom Follow::TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...