Friday, August 5, 2011

::Doaku Untukmu::







Jummah Mubarak buat sahabat2 seperjuanganku sekalian.  Alhamdulillah atas segala kesempatan dan kenikmatan yang maha luas dari Tuhanku Allah Taala yang sudi meminjamkan aku nikmat kehidupan di bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w.  Entah kenapa terasa sayu je hati nie.. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba ini. Berikanlah segala kekuatan agar aku mampu menangkisnya.  Terusik jiwa saat terbaca artikel yang ditulis oleh Saudari Rubaiyyi Mu'awwiz nie..Jom bace sme2.=)Semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa patuh, tunduk dan tawadduk kepada Nya..Ya Allah dariMu kami datang dan kepadaMu jualah kami kembali...Ramadhan kareem..=)




ALLAHuakbar...

Kita sering Terlupa ALLAH dalam hidup kita, kan. Saya akuinya.
Anda tahu, di dalam sebuah Hadis Qudsi, pernah diceritakan bahawa apabila seorang hamba berdoa disertai dengan tangisan, maka ALLAH akan memberitahu dan menyuruh malaikat untuk menangguhkan permintaannya. Kerana apa? Kerana kata ALLAH, ALLAH rindu pada pengaduan yang bersungguh-sungguh seperti itu.

ALLAH rindu, wahai sahabat sekalian.

Subhanallah...

Hakikat Seorang Manusia

Hakikat yang perlu kita terima dan akui sebagai seorang manusia adalah, kita ini sering melupakan ALLAH SWT dalam hidup kita. Bahkan, tidak keterlaluan saya katakan, bahawa kita ini ada masa hanya mengingati ALLAH pada masa-masa yang tertentu.

Allahuakbar. Lemahnya kita.

Begitu juga dengan hal mengadu. ALLAH tidak larang kita berkongsi rasa kepada manusia. Tetapi sebaiknya, kita mengadulah terlebih dahulu kepada ALLAH. Kerana, hanya ALLAH yang Maha Memahami akan keadaan kita sedari kecil sehinggalah dewasa.

Sahabat, berbicara dengan ALLAH itu lain perasaan.

Apa perasaan itu? PUAS. Ya, kepuasan.

Mari, Mengadu Kepada ALLAH




















Wahai sahabat. Saya juga masih bertatih. Maka, mari duduk bersama-sama. Kita sama-sama mengadu kepada ALLAH. Apabila sudah tenang dan kita memerlukan nasihat daripada seorang manusia, maka carilah seseorang untuk memberi nasihat kepada anda.
ALLAH itu, sentiasa ada di ‘sana’ untuk mendengar pengaduan dari kita, hamba-Nya. Apabila kita mengadu, bukan ALLAH tidak pernah memberikan tindakbalas. Sebaliknya, ALLAH mendengar pengaduan kita itu dengan mencampakkan ketenangan ke dalam hati kita walaupun kita tidak melihat wajah ALLAH SWT.

Anda tidak yakin? Nah, bacalah kalam ALLAH ini,

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 152 – 153

Ingin mengadu? ALLAH sentiasa ada dengan kamu.

Semoga ALLAH merahmati..
.















2 comments:

  1. btol2...kte hanya ingat time dalam musibah je....time senang..hurmmm

    ReplyDelete
  2. semoga kte sentiasa di bawah rahmat dan kasihnya..amin3..=)

    ReplyDelete

::Jom Follow::TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...