::Kekasih yang kurindu::


..Wahai seorang kekasih telah lama kau dirindui..
 pilu sedih dalam kerinduan..
 menangis pun tak berair mata..
 namun hati tetap gmbira..
 syafaatmu menanti di sana..
sungguh tabahnya hatimu menanggung derita yang melanda..
biarpun perit,pedih, terseksa kerana umat kau tempuhi jua..
wahai rasul kaulah segalanya.. 
contoh terbaik umat akhir zaman..
akhlakmu tinggi kan kami jejaki..
sifatmu sempurna pelengkap peribadi..
wahai rasul kami merindui sinaran wajahmu mendamaikan jiwa..
manis senyumanmu penawar hiba..
dihati kami kaulah segalanya.. 
..Wahai seorang kekasih telah lama ku rindui..
pilu sedih dalam kerinduan..
menangis pun tak berair mata..
Namun hati tetap gembira, di akhirat kita kan bersua..


Daripada Abbas R.A Rasulullah bersabda:
"Orang pertama yang dibangkitkan dari kubur pada hari Kiamat adalah Muhammad s.a .w."
  Jibril akan datang kepadanya membawa seekor buraq.
  Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
  Izrail datang membawa pakaian-pakaian dari Syurga.


Israfil bersuara "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik."
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika Rasulullah berdiri, baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda.
Baginda melihat kanan dan kiri dan baginda dapati tiada lagi bangunan-bangunan di sekelilingnya lalu baginda pun menangis sehingga mengalir air mata dipipinya.
Rasulullah bersabda: "Wahai Jibril! gembirakanlah aku.."
Jibril a.s lalu berkata: "Wahai Rasul Allah apakah yang engkau lihat di hadapanmu?"
Rasulullah menjawab: "Bukan seperti itu pertanyaanku.."
Jibril a.s berkata lagi: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian terpacak di atasmu?"
Sekali lagi baginda bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku.."
Baginda S.A.W bersabda: "Aku bertanya kepadamu tentang UMATKU. Di manakah perjanjian mereka?"
Baginda berkata lagi "Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini..Aku akan memberikan syafaat kepada UMATku.."
Lalu Jibril a.s menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua di tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T.."
"Di sana umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.."
"Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, baginda akan bertanya: Di mana umatku?"
Jibril a.s berkata : Wahai Nabi Allah, umatmu adalah umat yang terakhir.."


Dan apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru: "Tempatmu!.."
Maka Nabi Isa dan Jibril terus menangis.
Nabi Muhammad merasa sangat hairan lalu bertanya kepada keduanya: "Kenapa kamu berdua menangis?"
Jibril a.s berkata: "Bagaimanakah keadaan umatmu wahai Muhammad?"
Nabi Muhammad lalu bertanya kembali: "Di manakah UMATku?"
Jibril a.s menjawab: "Mereka telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.."
Sebaik mendengar jawapan Jibril, Nabi Muhammad terus menangis lalu bertanya: 
 "Wahai Jibril! bagaimanakah keadaan UMATku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad?"
Nabi Muhammad bertemu dengan umatnya yang berdosa. Mereka menangis sambil memikul beban di belakang mereka sambil menyeru: " Wahai Muhammad! "
Nabi Muhammad bersabda: "Wahai UMATku.." Mereka berkumpul di sisi baginda sambil menangis.
  
  Allah Ta'ala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: 
        "Di mana umat Muhammad?"
Jibril a.s berkata: "Umat Nabi Muhammad adalah sebaik-baik umat.."
  Allah Ta'ala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihku Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.."
Jibril a.s kembali sambil menangis dan mengkhabarkan kepada baginda perintah dari Allah tersebut.
Nabi Muhammad justeru berpaling ke arah umatnya lalu berkata: 
 "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah.."
Allah Ta'ala berfirman: "Hari ini, kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah meraka usahakan..Hari ini aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapku.."


Suara jeritan dan tangisan menjadi semakin kuat. Lalu Nabi Muhammad menyeru:
   "Tuhanku, Penguasaku..Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku..! Sesungguhnya aku meminta untuk UMATku darimu.."




Ketika itu juga neraka Jahanam pun berseru: 
   " Siapa yang akan memberikan syafaat umatnya!?"
Neraka berseru lagi: "Wahai Tuhanku! Penguasaku..Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan UMATnya dari siksaanku!..Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku..Sesungguhnya, mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.."
Mendengarnya membuatkan Nabi Muhammad bertambah sedih hatinya.
Sehingga kering air mata dari pipinya.
Sekali, baginda bersujud di hadapan Arsy Allah S.W.T, dan sekali lagi baginda rukuk untuk memberi
syafaat kepada umatnya.."



Semua para nabi melihat keluh kesah dan tangisan baginda.
Lalu mereka pun berkata: "Maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan olehMU ini amat mengambil berat perihal umatnya.."
Fatimah r.a juga bertanya: "Di manakah ku hendak mendapatkanmu di hari Kiamat kelak,wahai ayahku?"
Baginda seterusnya bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum kepada UMATku.."
Tatkala umat Nabi Muhammad mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat.."
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az Zahra sedang duduk.
Ketika Mariam sedang melihat UMAT Nabi Muhammad dia berkata:
  "Ini adalah UMAT Nabi Muhammad dan mereka telah sesat dari baginda.."
Suara Mariam telah didengar oleh Nabi Muhammad, lalu Nabi Adam berkata kepada baginda:
  "Ini UMATmu wahai Muhammad, mereka telah berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat dari
    Allah Ta'ala..."
Nabi Muhammad menjerit di atas mimbar dan berkata: 
  "Marilah kepadaku wahai UMATku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku, aku tidak pernah lari darimu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah untukmu.."
UMAT Nabi Muhammad lalu berkumpul di sisi baginda.
Ketika di atas Sirat, baginda bersabda kepada Malaikat Malik:
  "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari UMATku sehingga mereka dapat melepasinya. Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.."
Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat, dan setiap kali baginda melihat umatnya bergayut di atas Sirat, baginda pasti akan menarik tangannya dan membangunkannya kembali.."
Sambil itu baginda berkata: "Tuhanku, selamatkanlah mereka. Tuhan! Selamatkanlah mereka.."


Mengalir air mata saat mengenang kembali betapa sayangnya Nabi Muhammad kepada kita sebagai UMATnya..Subhanallah! UMATKU..UMATKU..UMATKU..kalimat terakhir meniti di bibir baginda saat jerih pedih ajal menjemputnya. Betapa agungnya cintamu terhadap UMAT yang belum tentu kenal siapakah baginda ini..Semoga baginda, keluarganya, para sahabat dan para syuhada sentiasa di bawah lembayung cinta Allah yang Maha Luas..







Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet