Ustaz Don Daniyal & Samarahan


‎" Walaupun kita nie adalah 'batch' paling last wujud kat dunia, tetapi kita adalah 'batch' pertama yang akan masuk ke dalam syurga..sehinggakan Nabi Musa sekalipun ingin menjadi umat Nabi kita, Muhammad s.a.w..." -Ustaz Don Daniyal Biyajid


Subhanallah! Pengalaman yg paling manis dalam hidup apabila Allah bagi peluang pada aku untuk menghadiri majlis ilmu sempena Maulidur Rasul di IPG Kampus Tun Abdul Razak (IPG KTAR) dan penceramah jemputannya adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Dari Asajaya, aku bersama seorang sahabat, Aisyah Jas meredah sungai (naik feri laa) ^---^ menuju ke Kota Samarahan(IPG KTAR). Memandangkan kami decide nak pegi awal jdi smpai pun awl la kan..jdi sebelum kt IPG KTAR singgah rumah sahabat dulu Azila Md Jeman sementara tunggu waktu marghrib.

6:50 ptg
Bertolak menuju ke IPG KTAR, sebelum tu solat marghrib dulu sebab ceramah nie start pukul 8:30 mlm. Usai solat, masing2 berduyun-duyun menuju ke dalam dewan Sri Samarahan. Mase nie sangat sesak sebab semua org nak duduk di barisan hadapan dan Alhamdulillah Allah bagi peluang pada aku dan sahabat dpat duduk di barisan paling hadapan sekali.

9:00 mlm
Walaupun ustaz datang stgah jam lewat, tetapi aku tetap bersemangat nak jumpa dan dengar ustaz bagi ceramah secara 'live'. Ya Allah! terima kasih. Selama nie tengok depan tv aje..dan Semalam dapat jugak tengok ustaz depan2. sukeeee sangat^---*

Dalam 'excited' nak jumpa ustaz, tapi niat sebenar bukan nak tengok 'kehenseman' ustaz aje tau. Paling penting apa yang nak disampaikan oleh beliau. 

Isi ceramah:
Perjalanan hidup seorang kekasih Allah yang sangat kita kasihi dan sayangi..Khatamun Nubuwwah -Penutup segala Nabi 

Antara kata-kata yang paling menyentuh hati adalah bila ustaz Don menyoal smua hadirin
 "Apakah yang ada di rumah kamu, apabila kamu melihatnya kamu terus teringat kepada baginda S.A.W?....sedangkan baginda yang tidak pernah melihat umatnya (kita) sentiasa ingat akan kita hatta sehingga kini masih mengambil kira apakah amalan umatnya bertambah baik atau sebaliknya.."
Menitis air mata bila dengar ustaz bercerita..

Subhanallah..semoga Allah bagi kesempatan  untuk aku pergi ke majlis2 ilmu seperti ini lagi selepas nie..

"Majlis ilmu itu umpama salah satu daripada taman-taman syurga..."

"Para ulama adalah pewaris para nabi.."

Semoga aku mampu mencintai Rasullullah seperti mana baginda mencintai umatnya..

P/s Sentiasa selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. Sekali kita berselawat ke atas baginda nabi sepuluh kali Allah selawat ke atas kita..amin Ya Rabb ^______^

Wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet