Coretan Cinta buat Muhammad S.A.W

Assalamualaikum:)\
Alhamdulillah berkesempatan berada di dalam bulan kemulian iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad S. A. W.
Hari tu aku terbuka satu video di youtube pasal Ustaz Harun Din yang bermimpi bertemu dengan baginda nabi. Subhanallah. Beliau antara orang2 yang terpilih untuk bertemu dengan Nabi melalui mimpi. Bila tengok video tu dari mula sampai minit terakhir, hati ni rasa sebak tiba2. Sedih sangat. paling sedih bila Ustaz cakap dia tengok sendiri kasut nabi yang sangat la lusuh dan buruk. Jelas sahaja jahitan hasil dari tangan baginda sendiri. T______T..
Kata ustaz "Kasut, kamu lebih baik daripada aku kerana kamu menjaga kaki Nabi sedangkan aku boleh buat apa pada nabi..."Allahuakbar!!

Ya Allah! Sesungguhnya aku sedar mungkin aku tidak layak untuk bertemu dengan kekasihMu. Namun, itu tidak akan memutuskan hati dan jiwaku untuk terus berubah dan berusaha agar suatu hari nanti aku mampu menatap wajah Kekasih yang begitu aku rindui itu. Duduk rapat disisinya dan menatap wajah putih bersih baginda. Semoga Allah permudahkan segalanya.


Coretan Cinta buat Muhammad

Betapa sukar benar rasanya ku jelaskan kata dari hatiku ini..
dalam kelam entah ke mana lenaku hilang..
hilang dalam malam yang akan juga pergi pada waktunya..
aku masih lagi mencuba..
mencuba mencari kata..
bagaimana harus ku tafsirkan..
tentang perasaan rindu..
tentang perasaan cinta ini..

Sarat sungguh kurasakan...
Walau mata ini tidak pernah menjadi saksi susukmu..
walau telinga ini tidak pernah sekalipun menangkap gemersik  suaramu..
Namun..Dua khazanah agung yang engkau titipkan padaku..
segala yang telah engkau tinggalkan untukku..
dan segala yang telah engkau zahirkan untukku..
Secebis kalbu ini masih mampu mengungkapkannya..

Jernih wajahmu..
Lembut tuturmu..
Cekal jiwamu..
dan teguh hatimu.. 

Wahai Kekasih Allah..
Asaku masih mampu mengungkapkan cintaku padamu
kerana aku tahu cintaku ini sangat jelas padaMu..
adapun mungkin saja aku tidak layak untuk menagih cintamu.
Sungguh inginku rasakan manisnya cinta dari Tuhanku 
dari sucinya cintamu pada TuhanMU.
Semoga aku dapat duduk di mahligaimu 
semoga aku dapat menjadi ahli keluargamu..
aku ingin sentiasa merinduimu..ya Rasullullah..

Tarian minda,
30 jan 2011 1230
dyeelanurr
SALAM MAULIDUR RASUL!!

Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet