Hati & Jiwa


Terkadang kehendak hati sangat menginginkan..
Terkadang kemahuan jiwa sangat mengujakan..
segala kenyataan dalam hidup..
tentang hati, tentang cinta dan cita-cita..
mahunya hati mesti didapatkan..
mahunya jiwa harus dilunaskan..
sehingga diri bisa jadi lupa..
seteguh mana hati meronta menggapai ingin..
sekuat mana jiwa menjerit menggenggam azam..
walaupun bisu tanpa suara..
NAMUN......masih belum mampu mengubah nyata..
hati dan jiwa bukan milikku..
kerna keduanya mutlak milik DIA..
siapa aku menolak takdir..
jauh dari inginnya hati dan mahunya jiwa..
pasti hikmahnya akan menungguku..
kalaupun masanya tidak mampu direncana minda..
aku pasrah..berserah pada yang selayaknya disembah..
kenyataannya kini pasti yang terbaik..
kerana dia pemilik segala yang baik!

tarian minda,
dyeelanurr
040312
0745pm

p/s Semoga sentiasa redha dgn apa yang diberikan kepadaku.. Allah! tabahkan hatiku (n___n) amin3












Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Coretan Cinta buat Muhammad S.A.W