aku: tunduk menyerah:(






Ya Allah...
suluhilah hatiku dengan jernih cintamu..
pautkanlah nuraniku dengan sandaran suci keimananku...
ikatkanlah diriku dilandasan teguh ketaqwaanku..
agar..aku terus berada di jalan redhamu...

sungguh aku takut Ya Allah..
ku takut akan cintaku padamu..
ikhlasnya nanti pergi kerana hatiku..
betapa aku sesungguhnya bingung..
andai hatiku ini ditabiri sejuta rasa menjulang diri..
andai jiwa ini dipagari duri-duri benci..
sesungguhnya aku takut..takut sekali..


bila mana kau uji sekeping hati kecil ini..
walau dengan emas tinggi menggunung..
jangan biarkan aku terus hanyut 
dengan kegembiraan yang hanya sementara..
dan bila mana kau cuba hati kecil ini..
walau dengan pakaian sehelai sepinggang..
jangan biarkan aku menidakkan hukummu..
aku hanya insan biasa..
kalanya gagah kalanya kalah..

Ampunilah aku Ya Allah..

tarian minda
dyeelanurr 30012012 1050pm
~yangmasihmencaridiri T___T

Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet