::PeNaGiH CiNtA::


Aku hanya seorang musafir di sini…
Menginjak terus setiap derap kaki..
Ke mana arah harus ku lalui…
Aku buntu????
Haruskah aku terus melangkah atau hanya berhenti di sini..
Berdiri kaku menanti pada yang sudi monongkah arah bersamaku…

Itu tidak mungkin sama sekali…
Aku harus terus melangkah..biar seluas dugaan menanti..
Harusnya aku terus yakin akan diriku…
Percaya pada hatiku…
Andai jalan yang aku pilih ini bukan yang terbaik untukku..
sedarkanlah aku..agar aku mampu berpatah balik ke arah kebenaran..
aku hanya ingin terus melangkah...
demi mencari sebuah kebenaran yang sememangnya amat payah kutemui..
kebenaran yang akan membuatkan aku untuk lebih mengenali Tuhanku...
mencari cinta yang mampu menenggelamkan aku dalam lautan rasa cinta yang sebenar..
aku ingin merasai betapa nikmatnya cinta dari Tuhanku...
aku ingin sentiasa merinduimu dalam setiap helaan nafasku..
aku ingin sentiasa mencintaimu dalam setiap dengupan jantungku..
aku ingin sentiasa mengigatimu dalam setiap udara yang kuhidu..


namun, aku hanya seorang hamba daif yang sering tersasar darimu...
seringkali aku seperti leka dalam dunia ciptaanku sendiri...
betapa mudahnya hati ini lari dari mencintaimu ya Allah...
dekatkanlah hatiku dengan dirimu agar aku lebih mencintaimu..
teguhkanlah imanku agar aku terus merinduimu dalam setiap langkahku..
hanya cintamu yang ku dambakan..untuk aku terus melangkah ke syurgamu..
tengelamkanlah aku dalam lautan cintaku kepadamu..
kerana aku hamba yang menagih syahid cinta ketuhanan..



Comments

Popular posts from this blog

HLOVATE :)

::Cintaku buatMU:::

Fedtri Yahya & Gajet