::Pejuang Hijab::

Assalamualaikum buat pejuang2 cinta di jalan Allah. Yang sentiasa rindu akan cinta dari Tuhannya. Alhamdullillah diberi kesempatan untukku titip informasi yang mampu membuatkan hati-hati tersentuh tatkala membacanya. Entri nie adalah sebuah kisah benar yang berlaku di negara Barat mengenai seorang wanita yang telah syahid dek kerana mempertahankan hijabnya yang menjadi lambang keagungan agama yang dicintainya. Semoga berbekalkan semangat syahidah ini kita mampu menjadi seorang hamba yang benar2 ikhlas dan berani memperjuangkan hak kita sebagai seorang yang berpegang kepada panji kebenaran Islam. MARWA AL SHERBINI Tanggal 1 Julai 2009 telah berlaku tragedi berdarah yang menimpa seorang muslimah. Marwa Al Sherbini. Beliau yang ketika itu sedang dalam keadaan sarat mengandung telah mati ditikam oleh seorang pemuda Jerman berdarah Rusia. Marwa Al Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali bertubi-tubi. Menyedihkan lagi apabila suami b...