Tuesday, August 23, 2011

::Lailatul Qadar:;

Salam Ramadan Kareem buat sahabat2ku..Alhmdullillah diberi kesempatan oleh Allah untuk sekali lagi dapat bertemu dengan bulan seribu bulan nie..bulan yang paling mulia dan istimewa berbanding dengan bulan2 lainnya.  Sepenuh kenikmatan yang sememangnya amat luas diberikan oleh Allah semuanya berada di dalam bulan Ramadhan. Entri nie sekadar berkongsi kisah, juga hanya berlaku di bulan yang mulia ini.  Malam seribu malam..LAILATUL QADAR. Entri nie bukan sendiri tulis yee..share dari sources di bawah. Syukran n selamat membaca n menghayati...^____*

25 Ogos 2010, 15 Ramadhan 1431H



Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya: 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr.  Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?  Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”  (Surah al-Qadr: 1-3)
Maksudnya, beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.

Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.”  (HR Bukhari & Muslim)



Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?
Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.
Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.
Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”
Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah.  Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.




Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?”  Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:  “Katakanlah
“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”

Tulisan di atas telah saya salin dari kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq dari bab puasa.  Semoga kita semua dapat memanfaatkan perkongsian ini, insyaALLAH.
Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…


By Shahmuzir








Friday, August 5, 2011

::Doaku Untukmu::







Jummah Mubarak buat sahabat2 seperjuanganku sekalian.  Alhamdulillah atas segala kesempatan dan kenikmatan yang maha luas dari Tuhanku Allah Taala yang sudi meminjamkan aku nikmat kehidupan di bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w.  Entah kenapa terasa sayu je hati nie.. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba ini. Berikanlah segala kekuatan agar aku mampu menangkisnya.  Terusik jiwa saat terbaca artikel yang ditulis oleh Saudari Rubaiyyi Mu'awwiz nie..Jom bace sme2.=)Semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa patuh, tunduk dan tawadduk kepada Nya..Ya Allah dariMu kami datang dan kepadaMu jualah kami kembali...Ramadhan kareem..=)




ALLAHuakbar...

Kita sering Terlupa ALLAH dalam hidup kita, kan. Saya akuinya.
Anda tahu, di dalam sebuah Hadis Qudsi, pernah diceritakan bahawa apabila seorang hamba berdoa disertai dengan tangisan, maka ALLAH akan memberitahu dan menyuruh malaikat untuk menangguhkan permintaannya. Kerana apa? Kerana kata ALLAH, ALLAH rindu pada pengaduan yang bersungguh-sungguh seperti itu.

ALLAH rindu, wahai sahabat sekalian.

Subhanallah...

Hakikat Seorang Manusia

Hakikat yang perlu kita terima dan akui sebagai seorang manusia adalah, kita ini sering melupakan ALLAH SWT dalam hidup kita. Bahkan, tidak keterlaluan saya katakan, bahawa kita ini ada masa hanya mengingati ALLAH pada masa-masa yang tertentu.

Allahuakbar. Lemahnya kita.

Begitu juga dengan hal mengadu. ALLAH tidak larang kita berkongsi rasa kepada manusia. Tetapi sebaiknya, kita mengadulah terlebih dahulu kepada ALLAH. Kerana, hanya ALLAH yang Maha Memahami akan keadaan kita sedari kecil sehinggalah dewasa.

Sahabat, berbicara dengan ALLAH itu lain perasaan.

Apa perasaan itu? PUAS. Ya, kepuasan.

Mari, Mengadu Kepada ALLAH




















Wahai sahabat. Saya juga masih bertatih. Maka, mari duduk bersama-sama. Kita sama-sama mengadu kepada ALLAH. Apabila sudah tenang dan kita memerlukan nasihat daripada seorang manusia, maka carilah seseorang untuk memberi nasihat kepada anda.
ALLAH itu, sentiasa ada di ‘sana’ untuk mendengar pengaduan dari kita, hamba-Nya. Apabila kita mengadu, bukan ALLAH tidak pernah memberikan tindakbalas. Sebaliknya, ALLAH mendengar pengaduan kita itu dengan mencampakkan ketenangan ke dalam hati kita walaupun kita tidak melihat wajah ALLAH SWT.

Anda tidak yakin? Nah, bacalah kalam ALLAH ini,

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 152 – 153

Ingin mengadu? ALLAH sentiasa ada dengan kamu.

Semoga ALLAH merahmati..
.















Thursday, August 4, 2011

layarminda2: Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah

layarminda2: Kisah Benar Semasa Uruskan Jenazah:

 "Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk m..."

::Jom Follow::TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...