Posts

Showing posts from July, 2011

::Pejuang Hijab::

Image
Assalamualaikum buat pejuang2 cinta di jalan Allah.  Yang sentiasa rindu akan cinta dari Tuhannya.  Alhamdullillah diberi kesempatan untukku titip informasi yang mampu membuatkan hati-hati  tersentuh tatkala membacanya. Entri nie adalah sebuah kisah benar yang berlaku di negara Barat mengenai seorang wanita yang telah syahid dek kerana mempertahankan hijabnya yang menjadi lambang keagungan agama yang dicintainya.  Semoga berbekalkan semangat syahidah ini kita mampu menjadi seorang hamba yang benar2 ikhlas dan berani memperjuangkan hak kita sebagai seorang yang berpegang kepada panji kebenaran Islam.  MARWA AL SHERBINI Tanggal 1 Julai 2009 telah berlaku tragedi berdarah yang menimpa seorang muslimah.  Marwa Al Sherbini.  Beliau yang ketika itu sedang dalam keadaan sarat mengandung telah mati ditikam oleh seorang pemuda Jerman berdarah Rusia.  Marwa Al Sherbini telah ditikam sebanyak 18 kali bertubi-tubi.  Menyedihkan lagi apabila suami beliau telah ditembak oleh anggota keselamata

::Masjid yang jarang ditemui::

Image
MASJID YANG JARANG DITEMUI Assalamualaikum sahabat2ku..sesekali menjelajah di blog2 sahabat, terjumpalah satu entri yang bagiku cukup  menarik untuk dikongsi bersama buat renungan dan pengisian jiwa-jiwa kita nie..jadi, selamat membaca!! . Bentuknya sederhana benar, namun jemaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu solat masuk Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu â€Å“Shanke Yadem†(Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita. Ceritanya begini : Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesu

::SUKAINAH AL HUSIN::

Image
SERIKANDI 2 Menyoroti perjalanan perjuangan serikandi-serikandi Islam yang tegar di medan perang demi agama yang suci.  Di hatinya penuh semangat pahlawan yang akan sentiasa mekar menebar wangian kelopaknya di jiwa setiap muslimah sejati. Amin SUKAINAH AL HUSIN Karbala!  Satu lagi medan menguji kukuhnya hati wanita syurgawi.  Debu dan rimbun rebut pasir sebenarnya ujian yang harus ditempuhi denga nyawa dan air mata.                  “Kesatlah air matamu wahai anakku.”                 “Ayah..”                 “Kepergianku daripadamu terlalu panjang..”                 “Tapi..”                 “Simpanlah sedikit air matamu untuk hari esok kerana hari esok itu tidak jauh.” Perempuan yang pandai bersyair dan bebat di dalam bidang sastera itu mendiamkan diri sejenak.  Di renung jauh ke dalam mata ayahnya yang ditabiri peluh perjuangan dan rembesan air mata.                  “Kau tak gentar dengan tajam mata pedang musuh?”                 “Tidak!” “Kau ingat dengan syairmu akan dapat me

::Alkisah Neraka Jahannam::

Image
Salam Jumaat buat pemilik hati yang sentiasa rindu dan cinta akan Penciptanya..Kali ni ingin kukongsikan sebuah entri yang sangat menarik berkaitan dengan suatu peristiwa yang tidak mungkin kita inginkan untuk menjadi sebuah kediaman yang abadi di akhirat kelak..entri nie bukan sendiri yang tulis tapi nak share dengan sahabat yang terlepas untuk membaca dan menghayatinya.. Jadi, sila..sila la membaca..=) YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & SEMUA ORANG ISLAM dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH...... AMIN..... Luasnya Neraka Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa

::Air Mata Rasulullah::

Image
RASULULLAH SAW MENANGIS MELIHAT PEREMPUAN Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisr'k hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."   Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya

::Fitnah akhir zaman::

Image
FITNAH ANCAMAN UMAT AKHIR ZAMAN Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolaholah perkara yang kecil bagi manusia sekarang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fi tnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fi tnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan. Fitnah dalam bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa makna asal fi tnah ialah al-ikhtibar, al-imtihan iaitu ujian. Ibnu Manzur pula menyatakan fi tnah itu adalah al-ibtila’(cubaan), al-imtihan dan al-ikhtibar (ujian). Manakala Jurjani memberik

::Mengapa Wanita perlu jadi Muslimah Sejati?::

Image
Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Setiap perempuan pastinya ingin menjadi yang terbaik. Namun, seperti bagaimana ingin menjadi yang terbaik? Walau zahir mereka nampak kabur namun jauh di lubuk hati mereka ingin berubah. Mereka tidak pinta mereka kabur namun hati mereka tidak kukuh untuk melangkah keluar daripada zon selesa yang sedia ada. Apetah lagi, tiada dorongan yang kuat daripada sekeliling membuatkan mereka hanya membiarkan niat itu usang di dalam hati tanpa diekspresikan melalui amalan. “Sesungguhnya agama seseorang adalah bergantung kepada agama (cara hidup) sahabatnya” Rasulullah SAW sendiri sangat berhati-hati dalam mencari kawan.  Jika baik sahabatnya, baiklah juga dirinya dan sebaliknya.  Suasana sekeliling itu sangat penting pada diri seseorang dalam proses untuk dia berhijrah ke jalan Allah. Oleh sebab itu, kita digalakkan agar berada dalam sekeliling yang baik dan membantu dalam penghijrahan kita ke jalan-Nya. Jika tidak, meles